fbpx

Soon Huat-Shevon sedia jadi mentor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT (kiri) dan Shevon sedia memikul peranan besar dalam skuad negara ke BAMTC di Qingdao minggu depan.

BEREGU campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai mungkin antara pemain paling berusia dalam skuad negara bagi Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di Qingdao, China, namun pengalaman luas mereka menjadi aset penting kepada pasukan.

Mereka mengekalkan prestasi cemerlang dari musim lalu ke tahun ini dengan pencapaian membanggakan apabila mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia dan Terbuka India awal bulan lalu.

Bersandarkan momentum tersebut, Soon Huat-Shevon percaya mereka mampu menyumbang kepada pasukan yang terdiri daripada pemain muda bagi membina semangat berpasukan yang kukuh.

Pasangan suami isteri itu juga satu-satunya pemain profesional yang dipanggil menyertai skuad negara menghadapi kempen di Qingdao minggu depan dengan baki pasukan terdiri daripada pemain kebangsaan.

“Kami sentiasa bersedia untuk beraksi, walaupun baru sahaja menamatkan kejohanan dan meraikan Tahun Baru Cina. Kini, kami kembali menjalani latihan untuk kejohanan Asia ini. Ia sentiasa menjadi satu kebanggaan apabila dapat mewakili negara sekali lagi.

“Kami benar-benar menantikan kejohanan ini kerana seperti yang diketahui, kali ini tiada pemain utama dalam skuad Malaysia. Kami mahu mengambil peluang ini untuk mendapatkan pengalaman berbeza bersama pemain muda,” kata Shevon.

Meskipun masa terhad untuk membina keserasian dengan rakan sepasukan, Soon Huat dan Shevon tidak melihatnya sebagai satu cabaran besar untuk menyesuaikan diri dalam pasukan.

Kali terakhir mereka mewakili Malaysia dalam kejohanan berpasukan ialah Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China di mana skuad negara berjaya membawa pulang pingat gangsa.

Mereka juga mempunyai pengalaman bertanding dalam kejohanan sama sebelum ini setelah menyertai edisi 2017 di Ho Chi Minh, namun perjalanan Malaysia terhenti di suku akhir selepas tewas kepada China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI