fbpx

Pergerakan tanah lebih 10 meter punca saluran paip bocor – LAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAP masih menjalankan kerja-kerja menstabilkan cerun sebelum penyambungan paip dapat dijalankan di Taman Bunga Raya, Tapah hari ini.

IPOH – Pergerakan tanah yang ditambak melebihi 10 meter di atas paip air mentah Lembaga Air Perak (LAP) menyebabkan kebocoran saluran yang turut menjejaskan tiga kediaman di Taman Bunga Raya di sini yang retak dan berisiko untuk diduduki.

Menurut LAP, terdapat dua saluran paip membekalkan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh yang melalui kawasan itu iaitu paip bersaiz 825 milimeter (mm) dari intake Batu 7, Sungai Woh dan paip bersaiz 900 mm dari intake Batu 10, Sungai Batang Padang.

Katanya, LRA Bukit Temoh membekalkan bekalan air di sebahagian kawasan Batang Padang dan sebahagian Hilir Perak.

Kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air di Batang Padang ialah Tapah Road, Changkat Petai, Tanjung Keramat, Air Kuning, Sungai Kroh, Kg. Tersusun Air Kuning, Chenderong Kelubi, STMD, Jalan Temoh Station, Temoh dan kawasan sekitar.

Daerah Hilir Perak yang terjejas melibatkan Mukim Labu Kubong, Mukim Sungai Manik, Langkap, Chui Chak, Kg. Air Hitam, Changkat Jong, Jalan Padang Tembak, Kg. Banjar, Kg. Selabak, Kg. Bahagia, Jalan Maharajalela, Jalan Sultan Abdullah, Pekan Teluk Intan dan kawasan sekitarnya.

“Pada 6 Februari LAP mengeluarkan notis gangguan bekalan air untuk melaksanakan kerja pencarian paip bocor dan kerja pembaikan bermula 1 tengah hari.

“Bagaimanapun kerja-kerja tersebut terpaksa dihentikan disebabkan berlaku pergerakan tanah kerana kerja pengorekan yang dalam melebihi 10 meter, namun paip dan punca kebocoran belum ditemui.

“LAP mengambil langkah menutup paip air mentah bagi mengurangkan kesan pergerakan tanah di lokasi yang menyebabkan operasi LRA Bukit Temoh beroperasi 50 peratus daripada kapasiti sebenar,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI