fbpx

Pengarah Yadim Terengganu maut akibat serangan jantung dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasrul Hadi.

KUALA TERENGGANU – Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Terengganu, Nasrul Hadi Saidi yang dalam perjalanan ke Besut untuk menghadiri program meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, sebentar tadi.

Allahyarham yang berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Tanah Merah, Kelantan pada pukul 7.15 malam.

Penolong Pengarah Yadim Terengganu, Ali Azfar Khairul Faiz berkata, sebelum kejadian, Nasrul Hadi dan keluarga dalam perjalanan pulang dari kampung halamannya di Kuala Nerang, Kedah.

Beliau berkata, Nasrul Hadi dan keluarga merancang untuk singgah ke Besut kerana Allahyarham perlu menghadiri program di Pulau Perhentian, Besut yang dijadualkan esok.

“Beliau (Nasrul Hadi) dikatakan tiba-tiba jatuh pengsan di dalam kereta yang dipandu isteri sewaktu mereka di Tanah Merah.

“Allahyarham kejarkan ke hospital sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan dan setakat ini, jenazahnya masih berada di Hospital Tanah Merah,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI