fbpx

Pembinaan 44 sekolah baharu atasi kepadatan kelas – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tengah) ketika melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan Saujana Putra, tahun lalu.

SEBERANG PERAI – Pembinaan 44 buah sekolah baharu menjadi salah satu langkah diambil kerajaan bagi menangani isu kepadatan murid terutamanya di kawasan luar bandar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, isu berkenaan diberikan perhatian penuh untuk memastikan murid dapat belajar dalam persekitaran yang lebih kondusif.

Katanya, terdapat pembinaan sekolah baharu dari tahun ke tahun bagi memastikan anak-anak (di kawasan yang dikenal pasti sekolah telah padat) dapat ditempatkan di sekolah lain (baharu dibina).

“Berdasarkan kepada unjuran-unjuran yang telah pun dibuat dari masa ke masa, memang kita ambil perhatian penuh,” katanya ketika hadir di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR Pulau Pinang di Dewan Chong Kuang, Sungai Bakap, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu tular mengenai rungutan ibu bapa khususnya di sekolah bandar yang mendakwa terdapat antara 40 ke 50 murid dalam satu kelas.

Berdasarkan belanjawan bagi lima tahun terakhir yang dikongsikan KPM, kerajaan membina 11 sekolah baharu pada 2021, masing-masing sembilan sekolah (2022 dan 2023), 26 sekolah (2024) dan 44 sekolah baharu tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI