fbpx

Panik selamatkan pengunjung lari ke laluan belakang kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Uyun Ridhwan menunjukkan lokasi kejadian tembakan itu di pusat beli belah di Setia Alam, Shah Alam, malam tadi. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – ‘Sejurus insiden tembakan itu, saya segera membawa pengunjung ke laluan belakang kedai bagi menyelamatkan mereka.”

Demikian kata Muhammad Uyun Ridhwan Muhamad Yusri, 28, penyelia kedai peralatan senaman dan kecergasan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, di sini.

Menceritakan detik cemas itu, ketika kejadian dia mahu menutup operasi perniagaan premis berkenaan, kira-kira pukul 10 malam.

“Saya pada awalnya menyangka bunyi kuat didengari itu adalah barang terjatuh namun terkejut menyedari ia rupanya kejadian tembakan kurang 50 meter dari premis.

“Pada waktu itu, empat individu daripada sebuah keluarga memasuki kedai dan saya membawa mereka ke pintu belakang dalam keadaan panik,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati pusat beli belah itu beroperasi seperti biasa dan dikunjungi orang ramai.

Bagi pekerja sebuah kiosk produk wangian, Aishah Ismail, 20, dia bergegas keluar menyelamatkan diri selepas menyedari kejadian tembakan itu.

“Saya ketika itu amat panik selepas melihat semua pengunjung menjerit dan bertempiaran lari.

“Insiden itu kali pertama berlaku sejak setahun saya bekerja dan mujur diri terselamat,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI