fbpx

NEST rekod lebih 100 spesies burung di Seberang Perai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa ahli pasukan ketika menjalankan aktiviti mencerap burung di Hutan Rimba Bukit Mertajam, hari ini. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO! ONLINE

SEBERANG PERAI – Lebih 100 spesies burung berjaya direkodkan menerusi aktiviti mencerap burung anjuran Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) di Seberang Perai, baru-baru ini.

Menerusi ‘Program Survey Senarai Semak Spesis Burung Hutan di Seberang Perai’, pasukan pemantau yang terdiri daripada sepuluh aktivitis, jurufoto dan pemerhati burung daripada universiti tempatan bekerjasama untuk merekodkan dan mengemaskini data burung di negeri ini.

Ketua Kerja Lapangan, Shaiful Azhar Abu Bakar berkata, aktiviti yang bermula di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam berjaya merekodkan kira-kira 60 spesies burung manakala kira-kira 40 lagi dicatatkan di Taman Rimba Bukit Mertajam.

“Sepanjang aktiviti berlangsung, kita berjaya merekodkan kemunculan kawanan burung muda seperti Helang Kembara Hitam yang didapati bertenggek di sekitar kawasan Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam.

“Ini membuktikan bahawa berlaku pertambahan populasi selain menjadi habitat pembiakan spesies berkenaan di kawasan terbabit.

“Kita jangkakan dapat melihat pelbagai lagi spesies burung di lokasi terakhir di Taman Negeri Bukit Panchor menerusi program yang berbaki dua hari lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Bukit Rimba, Bukit Mertajam di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI