fbpx

‘Menakutkan! Tembakan berlaku bersebelahan kedai saya beli-belah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VANESSA bersama teman lelaki, kakak dan seorang anak saudara berdepan detik cemas apabila berada di lokasi kejadian tembakan di sebuah pusat beli belah malam tadi.

PETALING JAYA – Penyanyi Vanessa Reynauld berdepan detik cemas apabila berada di lokasi kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah terletak di Setia Alam, semalam.

Menurut Vanessa, dia berasa sangat takut apatah lagi insiden tembakan berlaku bersebelahan premis dia sedang membeli-belah namun sempat berlindung dalam salah sebuah kedai berhampiran.

“Pertama kali melalui pengalaman begini. Sangat menakutkan apabila berada terlalu hampir dengan lokasi kejadian.

“Tembakan itu berlaku di premis bersebelahan dengan kedai saya beli-belah,” katanya dalam video TikTok.

Berkongsi lanjut, teman lelakinya sempat melihat keadaan mangsa tembakan yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki.

“Teman lelaki saya juga melihat magsa tembakan yang cedera pada bahagian kaki. Beberapa tembakan berlaku dalam tempoh 20 minit.

“Kami terus berlari ke salah sebuah kedai dan menunggu lampu hijau untuk pulang ke rumah. Saya selamat sampai di rumah, terima kasih atas semua keprihatinan anda.

“Jaga diri dan saya doakan untuk semua mangsa yang terkesan,” katanya lagi.

Difahamkan, Vanessa ke pusat beli-belah tersebut bersama teman lelakinya, kakak dan seorang anak saudara.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim turut mengesahkan kejadian tembakan yang berlaku kira-kira pukul 10 malam itu.

Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati mangsa yang juga orang awam ditembak seorang penjenayah di premis tersebut.

“Mangsa bagaimanapun disahkan selamat dan dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

“Suspek terlibat melarikan diri dan pusat beli-belah ini disahkan selamat untuk beroperasi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI