fbpx

Malaysia perlu elak jadi pasukan tercorot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA (jersi kuning) terpaksa akur tewas 2-6 kepada Argentina dalam aksi Piala Dunia di Croatia kelmarin. - FIH

KEGAGALAN memanfaatkan peluang menjadi punca utama skuad hoki dalam dewan lelaki negara terpaksa akur beraksi dalam penentuan dua tempat tercorot pada saingan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Porec, Croatia hari ini.

Ketua jurulatih skuad negara, Rodzhanizam Mat Radzi mengakui ia juga faktor utama mereka tewas 2-6 kepada Argentina dalam aksi klasifikasi tempat kesembilan hingga 12 kelmarin.

Menurutnya, pasukan melakukan beberapa kesilapan khususnya pada suku masa pertama dan kedua hingga hilang fokus dan membuka ruang kepada Argentina mendahului perlawanan.

“Pada suku masa pertama dan kedua, pemain hilang konsentrasi menyebabkan Argentina menjaringkan beberapa gol mudah. Namun, pada suku masa ketiga dan keempat, kita cuba bangkit dan memperbaiki kelemahan taktikal pasukan.

“Sebenarnya, kita mempunyai banyak peluang jaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti dan juga jaringan padang, tetapi gagal mengambil kesempatan itu dengan baik,” katanya.

Dalam perlawanan itu, skuad negara hanya menjaringkan dua gol menerusi Muhammad Ashran Hamsani dan Muhamad Izham Azhar, namun tidak cukup untuk menyaingi dominasi Argentina.

Mengulas mengenai aksi terakhir menentang Trinidad & Tobago bagi penentuan tempat ke-11 dan 12 hari ini, Rodzhanizam menggesa pasukan menamatkan kempen dengan kemenangan

“Kita tidak mahu datang ke sini untuk berada di tangga terakhir. Saya harap pemain dapat beri segalanya dalam perlawanan terakhir untuk memastikan kita sekurang-kurangnya menamatkan tempat ke-11,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI