fbpx

‘Main kepala orang, ingat bola jaring agaknya boleh tepis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memperlihatkan seorang wanita mengambil kopiah dipakai seorang pemandu teksi serta mencampakkannya di atas jalan, selepas berlaku kemalangan.

PETALING JAYA – Seorang wanita bertindak mengambil kopiah dipakai seorang pemandu teksi serta mencampakkannya di atas jalan, gara-gara marah selepas berlaku kemalangan melibatkan dua kenderaan.

Menerusi rakaman video papan pemuka (dahscam) yang tular di media sosial, berlaku kemalangan antara teksi tersebut melanggar bahagian belakang kereta Proton Saga berwarna putih.

Dalam video berdurasi 18 saat itu, kelihatan wanita tersebut seakan-akan marah apabila dia turut mengangkat tangannya selepas mencampakkan kopiah pemandu teksi berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan waktu kejadian serta lokasi berkenaan.

Orang ramai turut memberikan pelbagai maklum balas, selain ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita tersebut.

“Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang pula. Pangkat bapa pula tu. Memang salah orang belakang, tapi jangan sampai terkeluar perangai kurang kurang ajar tu. Baran pula aku tengok cara dia tu. Dia ingat main bola jaring agaknya main tepis-tepis bola,” kata seorang pengguna Facebook.

“Nama saja Melayu Islam, tapi adab dengan orang tua tak ada. Walaupun pak cik tu salah, tak elok buat mcm tu ibaratkan ayah kita tu,” komen seorang individu.

“Benda dah jadi, pergi lah buat laporan polis, tuntut saja lah insurans,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

“Biadabnya kak ni. Tak ada adab ke perempuan, yang kau main-main kepala orang ni,” kata individu lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI