fbpx

Langgar ketika sesak punca wanita campak kopiah pemandu teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan wanita berkenaan mencampak kopiah seorang pemandu teksi di Lebuh Raya Elite, semalam.

KUALA LANGAT – Kemalangan tular melibatkan seorang wanita yang mencampakkannya kopiah seorang pemandu teksi berlaku ketika kesesakan jalan raya di Kilometer 20.2 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd. Sufian Amin berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 4 petang apabila kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 20an telah membrek untuk kenderaannya.

Katanya, tindakan pemandu tersebut disebabkan lalu lintas di lokasi tersebut sesak lalu dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Inova dipandu lelaki berusia 50-an dari arah belakang.

“Impak pelanggaran menyebabkan Toyota Innova itu rosak di bahagian depan manakala Proton Saga di bahagian belakang.

“Kedua-dua pemandu tidak mengalami apa-apa kecederaan dan telah hadir membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Tambahnya, saman telah dikeluarkan oleh pegawai penyiasat kes di bawah Rule 10 LN 166/59 atas kesalahan gagal mengawal kenderaan menyebabkan kemalangan.

Jelas beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mohd. Amin Azahan Saleh di talian 019-7800942 atau 03-31872222.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang wanita bertindak mengambil kopiah dipakai seorang pemandu teksi serta mencampakkannya di atas jalan, gara-gara marah selepas berlaku kemalangan melibatkan dua kenderaan.

Dalam rakaman video papan pemuka (dahscam) berdurasi 18 saat itu yang tular itu, kelihatan wanita tersebut seakan-akan marah apabila dia turut mengangkat tangannya selepas mencampakkan kopiah pemandu teksi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI