fbpx

Kanak-kanak terkait GISBH mula bersekolah minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah rumah amal yang diserbu pihak berkuasa dalam Op Global di Selangor, tahun lalu.

SEBERANG PERAI – Kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang dikaitkan GISB Holdings (GISBH) bakal mengikuti pendidikan di sekolah kebangsaan apabila sesi persekolahan bermula, 17 Februari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya masih dalam proses mendapatkan data terperinci berhubung kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global tahun lalu.

“Sebenarnya, dalam perkara ini kita masih lagi mendapatkan dan mengumpulkan data memandangkan pada sesi yang lalu, kita hentikan sebentar (kelas khas) untuk mereka kerana meneruskan kes-kes mereka di mahkamah.

“Jadi, sebaik sahaja selesai proses itu (kes mahkamah) semua, saya ingat mereka tak ada masalah untuk mereka ke sekolah dan teruskan sesi persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung sesi persekolahan anak-anak yang diselamatkan daripada rumah amal dikaitkan dengan GISBH di seluruh negara.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR Pulau Pinang di Dewan Chong Kuang, Sungai Bakap, di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun diselamatkan selain 171 individu termasuk ustaz yang mengendalikan premis berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI