fbpx

‘Kalau pandai bawa motor, saya cuba jadi penghantar makanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEONA tidak melenting meskipun jaketnya dikatakan mirip uniform sebuah syarikat penghantar makanan.

PETALING JAYA – Lucu tapi kasihan apabila pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona meluahkan rasa kecewa selepas jaket berwarna merah jambu yang dibelinya dikatakan mirip baju syarikat servis penghantaran makanan.

Meski disamakan, anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman itu bagaimanapun tidak melenting sebaliknya bersetuju bahawa baju tersebut mempunyai persamaan dengan warna uniform syarikat tersebut.

“Saya beli jaket ni mahal-mahal tapi sampai hati kalian cakap ‘tak tahu pula Leona buat servis penghantaran makanan’.

“Nak marah pun tak boleh sebab memang nampaklah ada persamaan tu,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Sempat berseloroh, Leona berkata, dia tidak keberatan untuk mencuba kerjaya tersebut sekiranya tahu menunggang motosikal.

“Sejujurnya, kalaulah saya pandai bawa motor, saya akan cuba pekerjaan tu.

“Namun, basikal pun saya tak reti bawa,” jelasnya.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Leona selain ada segelintir memuji sikapnya yang tidak mudah mengamuk apabila disindir seperti penghantar makanan.

“Bagus Leona, walaupun marah-marah dia tak pandang rendah pekerjaan orang lain.

“Dia tak pandai marah tapi bahasa Melayu Leona semakin baik.

“Silap hari bulan, syarikat penghantar makanan itu lantik Leona jadi duta,” kata netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI