fbpx

‘Jangan panik jika berlaku sebarang kecemasan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON bersyukur puteri bongsunya, Dahlia Arissa dapat keluar dari lokasi kejadian tembakan dengan selamat.

PETALING JAYA – Susulan insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, pelakon Aaron Aziz bergegas menjemput anak perempuannya, Dahlia Arissa yang berada di tempat kejadian, semalam.

Meskipun dalam keadaan cemas, Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 49, bersyukur apabila puteri bongsunya dapat keluar daripada pusat beli-belah itu.

“Saya datang ke sini untuk ambil Dahlia dan Amira (rakan Dahlia) keluar dari situ.

“Anak saya kata tadi semua orang diarahkan keluar,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Berkongsi lanjut, pelakon filem The Experts itu menasihati Dahlia, 14, untuk sentiasa bertenang dan tidak panik apabila berdepan insiden sebegitu.

Pada masa sama, Aaron turut mendoakan orang ramai yang berada di lokasi kejadian berkenaan selamat.

“Ingat ya adik (Dahlia), jangan sesekali panik jika berlaku sebarang kecemasan.

“Berharap semua memastikan saudara anda berada dalam keadaan selamat jika berada di sana tadi,” jelasnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian tembakan yang berlaku kira-kira pukul 10 malam tadi.

Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati mangsa yang juga orang awam ditembak seorang penjenayah di premis tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI