WASHINGTON – Gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud menggegarkan Laut Caribbean semalam kira-kira 209 kilometer dari pantai Kepulauan Cayman, mencetuskan amaran tsunami, kata sebuah agensi pemantau Amerika Syarikat (AS).
Sistem Amaran Tsunami AS berkata, ombak setinggi hampir tiga meter mungkin berlaku di beberapa kawasan di pantai Cuba, manakala ombak sehingga 0.91 meter boleh melanda Honduras dan Kepulauan Cayman.
Kerajaan Kepulauan Cayman memberi amaran dalam mesej di laman webnya: “Penduduk yang tinggal berhampiran pantai digalakkan untuk berpindah ke kawasan pedalaman.”
Selepas memberi amaran tentang ancaman tsunami kepada lebih sedozen negara, Kajian Geologi AS itu kemudian membatalkan amarannya tetapi berkata perubahan paras laut yang kecil mungkin berlaku.
Gegaran itu berlaku pada kedalaman yang cetek, kata agensi itu. – AFP