NEW DELHI – Satu klip video tular di India memaparkan detik ngeri sebuah jengkaut diserang seekor gajah liar yang lapar, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Kejadian berlaku di bandar Jalpaiguri, Bengal Barat pada 1 Februari lalu.
Rakaman disiarkan di platform YouTube memaparkan gajah itu merempuh sehingga menyebabkan jengkaut terangkat.
Orang ramai mula menjerit dan berpura-pura mengejar haiwan tersebut untuk menakutkannya.
Difahamkan, gajah itu mengamuk selepas diusik oleh penduduk tempatan. Ia mengalami kecederaan di bahagian dahi dan belalainya.
Media tempatan melaporkan bahawa seorang lelaki ditahan kerana mengusik gajah liar itu, manakala jengkaut yang digunakan semasa kejadian dirampas. – AGENSI