fbpx

Ditemui di Kuala Lumpur sejauh 350 kilometer dari Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslina ditemui di hadapan kedai serbaneka berampiran Hentian Pudu Raya, Kuala Lumpur tengah malam tadi.

PONTIAN – Setelah hilang selama lima hari, Roslina Mohd. Alwey, ditemui selamat di Kuala Lumpur kira-kira 350 kilometer dari rumahnya di Simpang Tiga Benut, di sini pada 3 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, Roslina, 58, ditemui oleh orang awam di  hadapan Hentian Pudu Raya, Kuala Lumpur pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Katanya, orang awam mengetahui mengenai Roslina yang hilang melalui Kosmo! Online lantas memaklumkan kepada Balai Polis Tun H.S. Lee sebelum pihak polis balai tersebut menghubungi Ketua Balai Polis Benut, Pontian.

“Roslina telah diserahkan kepada kakak kandungnya yang tinggal di Kuala Lumpur oleh anggota dari Balai Polis Tun H.S. Lee selepas itu.

“Dengan penemuan Roslina, kes Orang Hilang (OH) dibawah Report 238/25 Balai Polis Benut, kami tutup,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 7 Februari melaporkan seorang wanita merayu bantuan orang ramai mencari adiknya, Roslina Mohd. Alwey, 58, yang dilaporkan hilang di Pontian.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI