PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca baik serta tiada hujan hampir di semua negeri-negeri Semenanjung pada pagi ini.
MetMalaysia menerusi hantaran video ramalan cuaca pada YouTube memaklumkan, bagaimanapun hujan berpotensi di negeri Perak dan Selangor bermula lewat petang hingga awal malam nanti.
“Dalam masa sama, cuaca di Sabah dan Sarawak pula semakin baik, namun hujan dapat diperhatikan di beberapa kawasan.
“Ia melibatkan perairan Sarawak dan Limbang, Sabah di Pedalaman serta Labuan. Hujan di pantai barat Sabah boleh berterusan hingga satu, dua jam lagi,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE