fbpx

Amboi Eyka Farhana, Akhyar! Terbuka sungguh berpeluk-peluk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYKA FARHANA bersama tunangnya, Akhyar baru-baru ini disatukan dalam satu fotografi sebuah jenama produk terkenal.

SEPERTI di alam fana cinta. Demikian kenyataan yang boleh disimpulkan apabila melihat momen romantik antara pelakon Eyka Farhana dan tunangnya, Akhyar Rashid.

Mereka dah macam belangkas, nampaknya aktres kecil molek bersama Akhyar yang juga pemain bola sepak Terengganu FC sudah sukar berjauhan.

Ramai peminat memang tak sabar menunggu detik pasangan itu naik pelamin. Mesti meriah, dua-dua pun popular.

Tetapi perkongsian terbaharu Eyka dalam laman sosial yang menunjukkan keintimannya bersama Akhyar mencetuskan pelbagai komen netizen.

Pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan 2 itu memuat naik beberapa foto yang memaparkan aksi mesra mereka ketika mempromosikan satu jenama terkenal.

Melihat salah satu foto menonjolkan aksi manja Akhyar melentok di bahu Eyka mencetuskan reaksi kurang senang pengikutnya sehingga ada yang mengingatkan bahawa mereka baru bertunang, bukan sudah bernikah.

Malah ada netizen menyindir dengan menyatakan mereka beruntung kerana sudah boleh berpelukan biarpun belum berkahwin. Aduh, bisa.

DIVA: Bila artis ditegur tandanya peminat masih sayang, jadi jangan marah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI