PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan, amaran di Perak melibatkan Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.
“Seterusnya ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak pula melibatkan Serian (Serian), Samarahan, Sibu, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah pula di Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” menurut hantaran Facebook MetMalaysia hari ini. – KOSMO! ONLINE