fbpx

8 PATI menyorok dalam longkang, elak dicekup tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan PATI warga Myanmar yang ditahan selepas dikesan bersembunyi di dalam longkang di jalan utama dari Padang Sanai menuju ke Sintok, dekat Bukit Kayu Hitam pada semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Hasrat lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar untuk mencari pekerjaan dengan menyeludup masuk ke negara ini tidak kesampaian apabila mereka diberkas Tentera Darat Malaysia (TDM), dekat sini semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pasukan operasi mengesan kumpulan PATI tersebut ketika melakukan rondaan di Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) kira-kira pukul 7.22 malam.

“Sekumpulan PATI dikesan sedang bersembunyi di dalam longkang di jalan utama dari Padang Sanai menuju ke Sintok. Pasukan kemudian bertindak segera dengan menahan kesemua mereka,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kumpulan itu terdiri daripada lapan lelaki Myanmar berusia antara 19 hingga 48 tahun.

“Mereka dipercayai memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak sah bagi mencari peluang pekerjaan,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya merampas sejumlah wang tunai dan lapan telefon bimbit dengan anggaran keseluruhan nilai barang rampasan sebanyak RM5,352.31.

“Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI