fbpx

12 mangsa cedera, bas ekspres terlibat kemalangan dengan lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN hadapan bas ekspres dinaiki 22 individu termasuk pemandu bas yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori tangki di kilometer 35.3 Lebuhraya PLUS menghala arah selatan, di Kulai awal pagi hari ini.

KULAI – Seramai 12 daripada keseluruhan 24 mangsa mengalami kecederaan apabila sebuah bas ekspres terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di kilometer 35.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), awal pagi hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Kulai, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Roizani Rosdi berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu pada pukul 3.24 pagi.

Sehubungan itu katanya, seramai 15 anggota beserta satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati sebuah bas dinaiki 21 penumpang dengan seorang pemandu telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki dinaiki dua lelaki iaitu masing-masing pemandu dan kelindan.

“Kemalangan itu menyaksikan 12 mangsa cedera dengan kesemuanya telah dihantar ke hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Antara kecederaan termasuklah seorang wanita Myanmar berusia 76 tahun patah kaki kiri dan tangan kiri, seorang lelaki tempatan cedera di muka manakala seorang lelaki Singapura cedera di mulut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI