PETALING JAYA– Seorang lelaki didakwa tertidur di dalam kereta ketika berhenti di lampu isyarat di Kuantan, mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya lain.
Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok, Ausnaldo, beberapa individu dilihat cuba mengejutkan lelaki berkenaan selepas mendapati kenderaannya tidak bergerak walaupun lampu isyarat telah bertukar hijau beberapa kali.
“Hijau, tak nak jalan. Dah berapa kali hijau tak nak jalan,” katanya dalam video tersebut.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen bersimpati dengan keadaan lelaki berkenaan.
“Dah betul dah kalau mengantuk berhenti, tapi bukan dekat lampu isyarat,” kata Adeyqiey.
“Mengantuk tertidur tak sedar. Nampak macam letih,” komen Che Su Annie.
“Pernah dalam situasi ni, penat. Tertidur… Rider datang ketuk, camni lah,” ujar Rosni76.
Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan akhirnya terjaga selepas banyak kali dikejut oleh pengguna jalan raya yang lain. – KOSMO! ONLINE
@ausnaldokalau behenti tgh jalan ni type apa?