LIMA – Penduduk bandar Lima, Peru digemparkan dengan fenomena misteri, menyaksikan air di sebatang sungai bertukar warna menjadi merah seperti darah, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.
Penemuan itu dibuat oleh penduduk tempatan di Sungai Rimac yang merupakan sumber air utama di Peru.
Kemunculan air berwarna merah terang pada Selasa lalu itu membuatkan orang ramai keliru mengenai punca fenomena tersebut.
Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @weathermonitors menunjukkan penduduk tempatan melihat air Sungai Rimac dari atas Jambatan Trujillo.
Pakar alam sekitar, Maria Angelica Villasante berkata: “Ia bukan sumpahan seperti yang dikatakan oleh orang ramai.
“Perubahan warna itu terhasil daripada bahan pencemar berwarna yang mengalir daripada loji industri,” tambahnya. – AGENSI