fbpx

Seram tengok ajaran sesat Zamarul Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMARUL kini trending dalam media sosial impak lakonan sebagai ketua ajarah sesat, Ayah Abdul menerusi naskhah Langit Ke Tujuh.

KETIKA ramai masih terperangkap dengan naskhah curang dan poligami, Tonton hadir dengan sebuah naskhah hebat, Langit Ke Tujuh.

Mengetengahkan kisah ajaran sesat, Langit Ke Tujuh berjaya membuatkan ramai tidak senang duduk dan berderau darah apabila ada babak yang bertentangan dengan agama.

Ibarat menghidupkan kembali bayangan Ayah Pin dan Abuya, dunia Ayah Abdul lakonan Zamarul Hisham mengupas kisah penuh keinsafan dengan elemen keagamaan yang mampu mencelikkan mata penonton.

Diarahkan Heykal Hanifah, drama lapan episod berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Nora Danish, Farahdhiya, Faezah Elai, Chacha Maembong, Nafiz Muaz dan Datuk Fauziah Nawi. Langit Ke Tujuh kini hangat menjadi bahan bualan ramai dalam media sosial dan menerima pelbagai reaksi netizen.

“Mantap lakonan semua pelakon, Nora berlakon jadi isteri pertama memang ‘power’ dan seram!

“Rasa macam tak masuk akal tapi itulah realiti ajaran sesat, semoga lebih banyak drama yang boleh buka mata ramai,” komen netizen.

Tahniah untuk Zamarul dan begitu juga barisan isterinya, padu semua. Marilah kita doakan yang terbaik juga buat Zamarul yang kini dirawat di hospital. Semua peminat sayangkan Zamarul, cepat sembuh ya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI