fbpx

Rumah hangus, sambut ketibaan Ramadan sehelai sepinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammed Zuraini Ahmad menunjukkan rumahnya yang hangus terbakar di Kampung Parit Dato’ Onn, Pulai Sebatang, di Pontian, awal pagi hari ini.

PONTIAN – Menjelang 21 hari ketibaan bulan Ramadan, sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka terlibat dalam kebakaran awal pagi ini di Kampung Parit Dato Onn, Pulai Sebatang, disini.

Menurut mangsa kebakaran, Muhammed Zuraini Ahmad, 55, rumah tersebut didiami bersama ibunya, Minah Mijan, 76, anaknya Orang Kelainan Upaya (OKU), Muhammed Fadli, 25 tahun dan anak saudara, Muhammad Faiz Aidil Muhd. Azizan, 22 tahun.

Bagaimanapun katanya, Muhammed Fadli yang ketakutan telah bersembunyi berhampiran kebun di belakang rumahnya dan hanya ditemui pada pukul 7 pagi ini..

Dia memberitahu, kejadian kebakaran berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi, dipercayai bermula di bahagian dapur dan cepat merebak sehingga membakar seluruh rumah peninggalan arwah bapanya, Ahmad Abdul.

“Berikutan api semakin membesar, saya segera mengetuk bilik emak ( Minah Mijan ) yang pada mulanya merasa panik dan tergamam, jika tidak cepat, tak tahu apa yang berlaku pada emak.

“Anak saudara saya yang tidur dibilik bersebelahan juga saya minta dia keluar segera meninggalkan rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Dato Onn, disini, pagi ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI