fbpx

PLKN 3.0: Wajib hadir atau mohon penangguhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta PLKN 3.0 ketika menjalani latihan asas menembak di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

KUALA LUMPUR – Individu yang dipanggil untuk menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 diwajibkan hadir, kecuali jika mereka mempunyai alasan munasabah dan mengemukakan permohonan penangguhan kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Ketua Pengarah JLKN, Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran, menegaskan bahawa bagi individu yang sedang bekerja, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada majikan untuk pelepasan bagi menjalani latihan tersebut.

“Kalau ini memberi justifikasi kenapa mereka tidak memberi pelepasan kepada pelatih pelatih bakal pelatih ini untuk menyertai latihan. Ini sebagai tanggungjawab mereka yang terikat dengan Akta latihan khidmat Negara.

“Untuk siri pertama ini adalah secara sukarela tetapi untuk siri kedua dan seterusnya adalah ikut penyerahan bersyarat.

“Ini bermakna sesiapa yang menerima panggilan untuk menyertai latihan perlu hadir. Jika terdapat halangan atau masalah tertentu, mereka perlu memohon penangguhan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi latihan menembak senjata ringan di Lapang Sasar Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Menurutnya, pekerja yang dipanggil menyertai PLKN juga perlu mendapatkan kebenaran daripada majikan, manakala majikan perlu memberikan justifikasi sekiranya mereka enggan memberikan pelepasan kepada pekerja terbabit.

“Majikan yang tidak membenarkan pekerja menyertai latihan ini perlu memberikan justifikasi kepada pihak JLKN kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab yang termaktub di bawah Akta Latihan Khidmat Negara,” jelasnya.

Tambah beliau, JLKN akan mempertimbangkan proses lain bagi menangani situasi di mana majikan tidak memberi pelepasan kepada pekerja untuk menyertai PLKN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI