SEBELUM ini kita sering dihidangkan dengan lagu galau dari seberang nyanyian penyanyi-penyanyi muda, Bernadya, Mahalini dan Lyodra.
Kini, pencinta lagu galau boleh beralih kepada penyanyi tanah air, Naim Daniel yang baru sahaja melancarkan album mini terbaharunya iaitu Lelaki Gila.
Menurut Naim, album tersebut dihasilkan ketika dia melalui fasa putus cinta tahun lalu.
Menghidangkan lima buah lagu iaitu Lagu Lelaki Gila, Syaitan Pun Pening, Selasa, Ini Tak Adil termasuk sebuah lagu ‘cover’ Mengenangmu yang dipopularkan kumpulan Kerispatih.
Album tersebut meraih pujian ramai kerana kesyahduan yang dicurahkan dalam setiap lagu dapat dirasai pendengar.