fbpx

Liga Super: Selangor FC lunas dendam terhadap Sri Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONGGAK import Sri Pahang, Kpah Sherman (kiri) turut kecewa apabila percubaannya pada pertengahan babak kedua sekadar singgah di tiang gol. - SHIDDIEQIIN ZON

 

PETALING JAYA – Dendam Selangor FC terhadap Sri Pahang akhirnya berjaya dilunaskan apabila meraih kemenangan 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, sebentar tadi.

Sebelum ini Tok Gajah menang 3-2 secara agregat untuk menyingkirkan Selangor FC di pusingan 16 terbaik Piala Malaysia.

Bagaimanapun, kemenangan kali ini seakan berpaksikan kepada nasib ketika dua percubaan terbaik Sri Pahang terkena tiang sekaligus membolehkan Selangor FC mengesahkan tiga mata berharga.

Seawal minit ke-14, bintang import Selangor FC, Ali Olwan mempamerkan kualiti individu menarik apabila berjaya melepasi kawalan empat pemain lawan sebelum melakukan lencongan rendah yang menewaskan penjaga gol pelawat, Zarif Irfan Hashimuddin.

Gol pembukaan itu nyata menyuntik semangat Red Giants dan minit ke-39, giliran Ronnie Fernandez menyerlahkan ketenangan dengan memperdayakan seorang pertahanan sebelum merobek gawang lawan buat kali kedua.

Kira-kira 11 minit selepas aksi bersambung, gawang Sri Pahang bocor buat kali ketiga namun bernasib baik apabila pengadil perlawanan, Zamzaidi Katimin membatalkan jaringan Olwan apabila terlebih dulu mengesan bola terkena tangan Quentin Cheng.

Tiang gol seakan menjadi ‘hero’ buat Selangor FC apabila menafikan dua percubaan terbaik Sri Pahang, masing-masing menerusi Mykola Ahapov pada minit ke-61 dan Kpah Sherman, minit ke-65.

Ketika pelawat makin menggandakan asakan, Selangor FC pula dilihat sudah selesa dengan dua gol dan mula bermain secara selamat dan cuba memperlahankan tempo permainan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI