fbpx

Lelaki warga emas maut tersepit di bawah bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dilaporkan maut dalam kejadian kemalangan di Jalan Teluk Kumbar, pagi tadi.

BALIK PULAU – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Teluk Kumbar di sini, pagi tadi.

Mangsa, Quah Kheng Hoe, 63, dipercayai tersepit di bawah bas selepas kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.18 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis SYM dengan sebuah bas. Penunggang motosikal didapati tersepit di bawah bas, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan ,” katanya di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI