fbpx

KKM adakan sesi libat urus kerja syif 45 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (kanan) merasmikan Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Wellness Hub Seberang Perai Utara (SPU) di Klinik Kesihatan Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang - Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Keputusan berkaitan pelaksanaan tempoh bekerja 45 jam bagi petugas syif di hospital terutama jururawat akan dimuktamadkan selepas selesai sesi libat urus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sesi libat urus itu dijangka berakhir di Terengganu minggu depan selepas diadakan di Pulau Pinang, Pahang, Sabah dan Johor.

“Izinkan kami (KKM) mengadakan semua libat urus ini terlebih dahulu dan saya sendiri sudah nampak bagaimana kecenderungan, permintaan serta tuntutan daripada program kejururawatan berkenaan, apa yang mereka mahu sebenarnya.

“Saya sendiri ‘update’ dengan Kabinet dan PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengenai perkara ini. Ia bukan sesuatu yang sukar untuk saya atasi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata, sebanyak RM18.9 juta telah diperuntukkan tahun ini bagi melaksanakan Sistem Pengurusan Klinik Berasaskan Awan (CCMS) di klinik-klinik kesihatan di seluruh negara.

“Pelaksanaan sistem itu akan melibatkan 100 buah klinik kesihatan di seluruh negara termasuk 10 klinik di Pulau Pinang dan kerajaan juga akan melaksanakan sistem rekod perubatan elektronik (EMR) di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Seberang Jaya (HSJ) serta pelaksanaannya dijadual bermula pada tahun 2026.

“Hospital-hospital lain juga akan dilengkapi dengan sistem ini secara berperingkat mengikut perancangan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI