JOHOR BAHRU – Wanita yang ditemui mati akibat terjatuh dari flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini pagi tadi dipercayai pesakit mental.
Menurut sumber, wanita berusia 20-an itu menaiki perkhidmatan e-hailing daripada Hospital Permai kira-kira pukul 10 pagi untuk pergi ke sebuah pasar raya di Kempas.
“Dia keluar ‘outing’ menuju ke @Mart Kempas sebelum datang ke sini (PPR). Dia pernah tinggal di PPR ini, rumah sakit jiwa ada sewakan dua rumah untuk pesakit di Blok A ini.
“Walaupun mangsa kini tinggal dan menerima rawatan hospital, barang-barang dan pakaiannya masih ada di rumah ini,” katanya kepada pemberita.-KOSMO! ONLINE