fbpx

Kedai makanan arab di Cyberjaya pengotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian di X yang memaparkan peralatan yang digunakan di gerai makanan arab tersebut.

PETALING JAYA – Sebuah gerai makanan arab di Cyberjaya menjadi perhatian netizen selepas didakwa menggunakan peralatan kotor.

Menerusi perkongsian oleh pengguna X, Pokleh, dia mendedahkan keadaan tempat penyediaan makanan yang tidak terjaga, termasuk papan pemotong yang tidak dibasuh dan terdedah kepada hujan serta panas.

“Kalian yang suka makan makanan arab dekat Cyberjaya, tak usah beli lagi. Geli tengok. Papan pemotong dia pakai, tak pernah basuh, terdedah hujan panas. Sarung tangan plastik pun pakai berulang kali walaupun dah kotor,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen turut berkongsi pengalaman mereka mengenai tahap kebersihan gerai berkenaan.

“Pernah tengok dia punya kerja sebab duduk dalam kereta tengah parking. Bos dia merokok, buang, terus pegang makanan tu. Pekerja dia pula potong tomato dan salad, kadang-kadang tak basuh pun. Keluar plastik terus potong. Kalau hujan, papan pemotong kuningnya tu dibiarkan atas tempat itu,” ujar Zya.

“Eww, terima kasih maklumkan,” kata Syafiq Ridza. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI