SHAH ALAM – Suasana di sebuah pusat beli belah di Setia Alam di sini gempar selepas dipercayai berlaku kejadian tembakan kira-kira pukul 10 malam tadi.
Difahamkan, ketika kejadian semua pengunjung diarah keluar dari premis berkenaan dan tinjauan Kosmo! Online mendapati puluhan anggota polis berada di sekitar bangunan itu bagi mengawal keadaan.
Terdahulu, tular di media sosial pengunjung bergegas keluar selepas insiden yang dipercayai melibatkan satu rompakan kedai emas di dalam pusat beli belah berkenaan berlaku.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian tembakan berkenaan.
“Ya betul. Team (pasukan) baru sampai di tempat kejadian. Nanti saya akan update (kemas kini),” katanya. – KOSMO! ONLINE