fbpx

‘Dipeluk’ lelaki dari belakang, Imran Bard bikin netizen geli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Konten mesra Imran bersama seorang lelaki mengundang perhatian netizen yang rata-rata menasihatinya agar tidak menormalisasikan budaya songsang.

PETALING JAYA – Selepas isu susukan anak babi, pempengaruh Imran Bard sekali lagi meraih kecaman apabila didakwa seakan mempromosi dan menormalisasikan budaya songsang.

Menerusi video yang dimuat naik, pemilik nama lengkap Muhammad Al Imran Badaruddin dilihat melakukan adegan mesra bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Joseph termasuk dipeluk dari belakang.

Malah, Joseph turut mengetap bibir sewaktu menarik Imran rapat dengannya.

Tindakan tersebut berlaku selepas Imran menghidangkan juadah char kuetiau kepada Joseph tetapi tidak kena dengan seleranya.

Kemudian, Joseph yang memanggil Imran dengan panggilan sayang menawarkan diri untuk mengajarnya memasak dengan cara betul.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Imran dan menasihatinya tidak menormalisasikan budaya yang ditegah hukum syarak.

“Jangan menggalakkan budaya seperti ini,” kata netizen.

“Meskipun sekadar kandungan, tak patut buat begini sebab media sosial ramai budak-budak tengok,” tegas netizen.

“Aku tengok pun rasa geli sampai ke tulang belakang,” jelas netizen lain.

Sebelum ini, video dalam Instagramnya menunjukkan beberapa foto dan video percutian ke negra jiran, termasuk lawatan ke sebuah ladang babi.

Imran kemudian menyusukan beberapa anak babi yang berada dalam kandang namun perkongsian dilakukan mengundang pelbagai reaksi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI