RIYADH – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 bersama keluarga dan rakan-rakannya di Arab Saudi semalam, lapor laman berita Arab News.
Ronaldo diraikan di sebuah restoran Jepun terkenal di Riyadh dengan persembahan istimewa oleh penyanyi Puerto Rico, Rauw Alejandro.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ur.cristianoofical menunjukkan Ronaldo menari bersama ibu dan isterinya, Georgina Rodriguez.
Dia turut berkongsi imej di laman Instagramnya dengan keterangan bertulis: “Terima kasih atas semua untuk ucapan hari jadi yang menakjubkan! Saya mempunyai hari yang hebat bersama keluarga dan rakan-rakan dan saya tidak mengharapkan sesuatu lebih baik daripada ini.”
Kelab semasa Ronaldo, Al-Nassr turut hadir pada majlis tersebut dengan menghadiahkan kek istimewa yang menampilkan imej lima trofi Ballon d’Or serta gambar Ronaldo semasa kecil. – AGENSI