fbpx

Bersiram 7 bunga, Wanna Ali ikut petua ibu sebelum nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanna meneruskan tradisi mandi bunga yang diamalkan keluarganya sebelum melangsungkan perkahwinan esok.

PETALING JAYA – Menjelang hari pernikahan, pelakon Wanna Ali tampil berseriketika menjalani upacara bersiram sebelum bertukar status sebagai isteri orang, Ahad ini.

Lebih istimewa, ibunya yang juga penerbit, Datuk Ayu Puteh, turut berkongsi keunikan tradisi tersebut yang masih diamalkan dalam keluarga mereka.

“Bagi saya, bersiram itu penting untuk pengantin dapat aura positif. Saya sendiri dulu pun banyak kali kahwin tetap mandi bunga.

“Kalau mandi bunga, memang kena pagi, tak boleh bila matahari sudah naik, itu pantangnya. Semua termasuk bunga kena sediakan lepas subuh.

“Bunga pula mesti ada tujuh jenis termasuk mawar, lili dan yang wangi-wangi untuk diletakkan dalam tempayan,” katanya dalam TikTok

Meskipun reda dengan keputusan puterinya, Ayu tidak menafikan perasaan berat hati untuk melepaskan Wanna kepada lelaki pilihannya.

Pun begitu, dia percaya bakal menantunya itu akan menjaga Wanna dengan baik.

“Semua orang akan sedih bila anak nak kahwin sebab kita jaga dari kecil, tatang bagai minyak yang penuh.

“Bukan mudah untuk dilepaskan, tapi saya reda sebab yakin bakal suaminya boleh jaga dia.

“Kita doa yang baik-baik untuk anak sebab doa ibu memang Allah dengar. Saya cuma berharap anak saya tak lupakan saya dan sentiasa ingat saya masih ada,” ujarnya.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Ada yang memuji keakraban hubungan mereka, malah tidak kurang juga berkongsi pengalaman sama ketika menghantar anak ke jinjang pelamin.

“Seronok tengok hubungan ibu dan anak macam ni. Semoga bahagia hingga ke syurga,” komen seorang pengguna media sosial.

“Ibu cakap ‘jangan lupakan saya’ tu buat hati sebak. Memang berat nak lepaskan anak perempuan,” tulis seorang lagi netizen.

“Wanna nampak sangat berseri. Doakan saya juga dapat jodoh baik dan mak restu macam ini,” kata individu lain.

Terdahulu, pelakon Bukan Sekadar Lafaz itu mengakui sudah bertunang dengan jejaka pilihan, Khairil Amri, pada 9 November tahun lalu.

Bagaimanapun, hanya pada 2 Februari lalu dia berkongsi berita gembira itu kepada umum.

Malah, Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd. Ali juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai majlis pernikahannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI