PETALING JAYA – Amaran hujan berterusan peringkat waspada telah dikeluarkan di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, hujan berterusan dijangka berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).
Sementara di Sabah pula, antara kawasan terlibat termasuk Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat- KOSMO! ONLINE.