fbpx

70 saat sahaja tumbangkan jaguh Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF berjaya menumbangkan petarung dari Rusia dalam masa satu minit 10 saat sahaja di pentas ONE Championship di Bangkok pagi tadi.

PETALING JAYA – Atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta kejutan apabila menumbangkan petarung Russia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 hanya dalam masa satu minit 10 saat di Bangkok, Thailand pagi tadi.

Beraksi dalam kategori catchweight, Aliff tampil dengan keyakinan dan strategi tepat sekali gus mempamerkan persediaan mantap berbanding Adukhov yang juga pesaing baharu dalam arena ONE Championship.

Pertarungan bermula dengan serangan agresif daripada Adukhov, namun Aliff kekal tenang, bertahan dan mencari ruang sebelum melancarkan dua tumbukan padu ke kepala lawannya.

Tumbukan tersebut cukup untuk menamatkan pertarungan apabila Adukhov gagal bangkit dan memaksa pengadil menghentikan perlawanan dan memberikan kemenangan ‘knockout’ (KO) kepada Aliff.

Kemenangan itu melengkapkan rekod Aliff kepada 7-2 dalam sembilan perlawanan sejak menyertai ONE Championship dan lebih mengagumkan, lima daripada tujuh kemenangan diperolehi melalui KO, sekali gus membuktikan ketajamannya dalam gelanggang.

Kejayaan tersebut tidak hanya meningkatkan reputasinya di pentas antarabangsa, tetapi juga membuka laluan lebih cerah untuk beraksi di pentas utama ONE Championship dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI