PETALING JAYA – “Kalau aku duduk tengah dia orang macam dah bergambar dengan Menara Berkembar Petronas.”
Itu luahan seorang individu apabila menyaksikan pasangan pengantin baharu yang kedua-duanya memiliki ketinggian luar biasa.
Menerusi perkongsian video oleh pengantin wanita berkenaan yang menggunakan nama SchaYang di media sosial, dia dan suami masing-masing berketinggian 186 dan 195 sentimeter (cm)
Orang ramai rata-rata teruja dengan kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki kedua-duanya dan menyifatkan mereka adalah pasangan yang sangat sepadan.
“Ketinggian yang dicemburui oleh para lelaki dan perempuan yang nak jadi model,” ujar seorang pengguna.
“Wah, tinggi betul suami 195 cm, jarang-jarang lelaki tinggi macam tu!,” komen @CheWanSofianShop.
“Senangnya lah jumpa laki tinggi. Aku yang tinggi 170 cm ni pun susah betul,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
@itsscha_here Replying to @Rouge 🤭🤭🤭🤭#tall #tallcouple #kawin #brideshower @syahmi__07 ♬ Aku Yang Jatuh Cinta – Dudy Oris