fbpx

Tiga syarikat baharu dilantik periksa kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loke (empat dari kiri) bersama wakil tiga syarikat yang dilantik bagi mengoperasikan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM).

PUTRAJAYA – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tidak lagi menjadi badan tunggal Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) di negara ini apabila tiga lagi syarikat dilantik bagi menjalankan fungsi sama.

Tiga syarikat itu ialah Wawasan Bintang Sdn. Bhd. yang bakal beroperasi di Pelabuhan Klang, Selangor, Gua Musang, Kelantan dan Mersing, Johor.

Pakatan Petroluem Sdn. Bhd. pula bagi kawasan Rawang, Selangor dan Temerloh, Pahang serta Beriman Gold Sdn. Bhd. bagi Kuching dan Serian, Sarawak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, syarikat yang menerima surat tawaran pelantikan PPKM hari ini diberikan tempoh 24 bulan bagi melengkapkan keperluan infrastruktur termasuk pembangunan premis, perolehan peralatan pemeriksaan serta mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan.

Katanya, sepanjang tempoh pembangunan ini, MOT melalui JPJ akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan syarikat yang dilantik mematuhi semua syarat dan standard operasi PPKM.

“Lesen operasi hanya akan diberikan setelah syarikat berkenaan memenuhi sepenuhnya keperluan peraturan dan kelengkapan peralatan serta bersedia untuk memulakan operasi,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya, pelantikan ini dibuat selaras keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac 2023 yang bersetuju membuka PPKM kepada syarikat-syarikat lain yang layak.

Katanya, tiga syarikat yang dilantik itu adalah terpilih dalam kalangan 12 syarikat yang memohon menawarkan perkhidmatan itu menerusi permohonan yang dibuka pada 1 Julai hingga 31 Oktober tahun lalu.

“Jika syarikat yang dilantik itu gagal membina infrastruktur ditetapkan dalam masa dua tahun, maka lesen operasi tidak akan diberikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI