fbpx

Puspakom tidak akan ditutup – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tidak akan ditutup dan masih beroperasi seperti biasa.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, ketika ini semua cawangan mereka yang sedia ada boleh terus beroperasi.

“Puspakom tidak akan ditutup cuma kita nak memperkenalkan operator baharu supaya rakyat ada pilihan dan syarikat ada persaingan (dari segi perkhidmatan),” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya, pembukaan lebih banyak Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) bertujuan meningkatkan persaingan sihat serta memastikan pemeriksaan kenderaan yang lebih berkualiti demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI