fbpx

Polis Marin rampas 325,400 liter minyak sawit mentah RM1.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA tangki minyak yang disita dalam Op Taring Landai Khas yang dilakukan ke atas sebuah gudang di Air Bemban, Kulai, semalam.

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya merampas kira-kira 325,400 liter minyak sawit mentah bernilai RM1,301,600 dalam Op Taring Landai Khas di sebuah gudang di Air Bemban, Kulai dekat sini, semalam.

Dalam operasi sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina yang dijalankan pada pukul 10 pagi itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 49 tahun yang juga pengusaha premis untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, operasi itu dilaksanakan Unit Risikan Marin bersama penguatkuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati premis yang tidak bernombor itu dijadikan sebagai stor penyimpanan dan tempat memproses minyak sawit mentah.

“Dalam operasi itu, polis merampas 171 buah tangki IBC berisi minyak sawit mentah anggaran isipadu 170,400 liter, 52 buah tangki IBC kosong dan buah tangki skid.

“Turut dirampas ialah sebuah treler tangki minyak, dua buah tangki gelen, dua buah forklift dan tiga unit hos,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk minyak sawit mentah ialah RM2,492,100.

Tambahnya, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada MPOB untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat dibawah Peraturan 5, Peraturan-peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Perlesenan) 2005 kerana beroperasi tanpa lesen dan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perlesenan (MPKu) 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI