fbpx

Pelakon veteran Pak Lan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Roslan.

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Roslan Saleh, 69, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan meninggal dunia pagi ini.

Berita sedih itu dikongsikan oleh anak beliau, Farahanis Roslan menerusi satu hantaran di laman Facebook.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi.

“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia,maafkanlah dia, ampunilah segala dosa dan kesalahan dia,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Roslan mengalami masalah kesihatan sejak tahun 2018 akibat penyakit diabetes kronik.

Beliau malah tidak mampu berjalan sendiri dan perlu dipapah untuk bangun.

Isterinya, Zainun Majid, 56, dilapor berkata, kesihatan Roslan tidak banyak berubah sejak terlantar di rumah.

Antara filem pernah dibintangi Roslan adalah Munafik 2, Sembilu 2 dan Gerak Khas The Movie 2.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah untuk dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI