WASHINGTON – Sebuah objek ganjil berbentuk segi empat tepat yang ditemui di permukaan Planet Marikh telah menarik perhatian Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk, lapor portal berita The Economic Times kelmarin.
Justeru, Musk meminta siasatan dilakukan mengenainya,
Gambar objek dianggarkan memiliki lebar 3 kilometer itu pertama kali dirakam kamera peninjau global Marikh milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), baru-baru ini.
Musk tidak membuang masa untuk memberi komen mengenai imej tular itu selepas ia disiarkan oleh pelakon, pelawak dan juga pengacara, Joe Rogan di platform X.
Beliau yang juga pemilik X berkata: “Kami sepatutnya menghantar angkasawan ke Marikh untuk menyiasat!”
Imej itu turut mencetuskan spekulasi tentang asal-usulnya dalam kalangan netizen, lapor portal berita UNILAD.
Seorang pengguna X mengulas: “Bukan untuk mendahului diri sendiri, tetapi saya suka dengan idea ia serupa dengan asas Piramid di Giza (Mesir).” – AGENSI