fbpx

Liga Super: Kuching City, Perak FC sama kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAGA gol Perak FC, Haziq Nadzli (tengah) turut cemerlang menafikan beberapa percubaan menarik Kuching City. - PERAK FC

 

KUCHING – Kegagalan menyempurnakan beberapa peluang terbaik memaksa Kuching City berpuas hati dengan satu mata apabila diikat Perak FC 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Keputusan itu dilihat kurang adil buat tuan rumah yang dilihat menjadi pasukan lebih baik sepanjang 90 minit permainan malah penjaga gol pelawat, Haziq Nadzli juga turut menjadi faktor kepada kegagalan Kuching City memperoleh tiga mata.

Terdahulu, Perak FC memastikan permulaan positif selepas Firdaus Saiyadi tenang untuk memanfaatkan kesempatan bagi membuka jaringan pertama perlawanan.

Statistik penguasaan permainan 79 peratus Kuching City di babak pertama seakan sia-sia apabila beberapa peluang terhidang gagal disudahkan dengan lebih baik sekaligus beri kelebihan buat The Bos Gaurus.

Disebalik permulaan positif Kuching City di babak kedua, Perak FC juga dilihat enggan berpuas hati dengan satu gol apabila turut mencipta beberapa lagi peluang terbaik.

Minit ke-71, usaha keras tuan rumah akhirnya terbalas, menyaksikan Ramadhan Saifullah Usman bertindak cemerlang untuk melakukan tandukan yang menewaskan Haziq.

Selang lapan minit selepas itu, Jordan Mintah hampir menjadi wira tuan rumah sebaliknya Haziq bertindak cemerlang dengan menerbangkan badannya untuk melakukan tepisan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI