fbpx

Korea Selatan sekat DeepSeek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ILUSTRASI pada 29 Januari lalu menunjukkan skrin bersama logo DeepSeek. – AFP 

SEOUL – Kementerian-kementerian dan polis Korea Selatan menyekat akses DeepSeek pada komputer kerajaan selepas aplikasi kepintaran buatan (AI) China itu gagal memberi maklum balas tentang bagaimana pihaknya menguruskan maklumat pengguna.

DeepSeek melancarkan chatbot R1 miliknya bulan lalu dan mendakwa ia menyamai keupayaan aplikasi AI utama di Amerika Syarikat namun, pada kos yang sangat murah.

Korea Selatan bersama beberapa negara lain seperti Perancis dan Itali, mempersoalkan amalan data DeepSeek serta telah menghantar permintaan bertulis mengenai bagaimana ia menguruskan maklumat tersebut.

Bagaimanapun selepas DeepSeek gagal memberi maklum balas, beberapa kementerian di Seoul mengesahkan kelmarin bahawa mereka telah mengambil langkah menyekat akses R1 untuk menghalang kemungkinan berlaku kebocoran maklumat sulit.

“Langkah menyekat DeepSeek dilaksanakan khusus untuk komputer tentera yang memiliki sambungan internet,” kata seorang pegawai kementerian pertahanan.

Polis Korea Selatan turut mengambil langkah serupa, manakala kementerian perdagangan memaklumkan bahwa akses kepada DeepSeek disekat buat  sementara waktu untuk semua komputernya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI