fbpx

Kilang haram diurus wanita China dalam ladang kelapa sawit diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrum (kiri) dan Azizi (dua,kanan) meneliti barangan e-waste di kilang haram di Machang Bubok, Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara menahan 11 warga asing dan merampas barangan bernilai lebih RM21.83 juta dalam serbuan kilang memproses barangan kitar semula berhampiran ladang kelapa sawit Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini semalam.

Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, premis terbabit bukan hanya dikesan beroperasi secara haram lebih setahun lalu malah turut menggajikan warga asing yang berusia antara 30-an hingga 40-an sebagai pekerja.

“Serbuan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang kira-kira pukul 7.30 malam itu dijalankan selepas risikan lebih dua minggu.

“Seramai tujuh wanita dan empat lelaki terdiri daripada warga China, Bangladesh dan Myanmar ditahan untuk siasatan lanjut.

“Wanita warga China didapati bertugas sebagai pengurus kilang dan mula bekerja di situ sejak Januari 2024 dan kesemua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen (JIM) untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, semakan awal JAS mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai kilang kitar semula plastik sehingga 29 November 2022 namun meneruskan operasi dengan menjalankan aktiviti penempatan haram dan pengolahan barangan terjadual.

“Beberapa sampel e-waste turut diambil pihak JAS Pulau Pinang untuk dianalisis dan jumlah keseluruhan rampasan kes ini bernilai RM21.828 juta,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI