fbpx

Kegilaan Trump, Netanyahu harus dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dari udara menunjukkan penduduk Palestin kembali ke kem pelarian Jabalia yang musnah akibat perang di utara Semenanjung Gaza 19 Januari lalu. - AFP

PETALING JAYA – Kegilaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan sekutunya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu harus dihentikan segera.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan Trump mengambil alih dan mengusir penduduk Palestin tidak dapat diterima dan harus dikutuk sekeras-kerasnya oleh dunia.

“Ini adalah satu tindakan yang tidak masuk akal kerana jelas ia adalah langkah untuk melaksanakan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata atau peperangan.

“Sikap dan tindakan Trump ini sama seperti krisis pengusiran penduduk Palestin dari Baitulmaqdis Timur oleh lsrael sejak 1950-an dan juga semasa peperangan pada tahun 1967.

“Baki tanah Palestin dirampas, termasuk Tebing Barat, Timur Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail Sabri berkata, cadangan tersebut melanggar undang-undang antarabangsa dan dunia tidak boleh membenarkan isu kemanusiaan yang menyaksikan rakyat Palestin diusir serta dibunuh di tanah air sendiri berlarutan.

Kata beliau, sangat memalukan AS sebuah negara yang mahukan keamanan di Asia Barat dan sering menyokong hak asasi manusia sedang giat mahu mengusir penduduk Gaza.

Beliau berkata, pentadbiran AS sepatutnya menyalurkan dana dan sumbangan bagi membantu membangunkan infrastruktur asas seperti hospital dan sekolah di Palestin.

“Dunia khususnya negara Islam perlu bangun dan bangkit menentang kegilaan ini. Penyelesaian kekal untuk isu ini hanya satu, berikan hak rakyat Palestin. Usah biar Palestin lenyap daripada peta dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI