fbpx

Kamu sepatutnya jaga cucu bukan khianatnya – Timbalan Pendakwa Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen Klang, hari ini. -FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMEDTertuduh dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen Klang, hari ini. -Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

KLANG – Perbuatan keji seorang datuk melakukan amang seksual terhadap cucu angkat perempuannya, Sabtu lalu menerima balasan apabila dipenjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Noridah Adam menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh berusia 67 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Hukuman penjara itu diperintahkan bermula tarikh warga emas berkenaan ditangkap pada 1 Februari lalu. Selain itu, menjalani sesi kaunseling di dalam penjara dan pengawasan polis selepas dibebaskan kelak seperti dipohon pihak pendakwaan.

Pelayan restoran yang berbaju Melayu kuning itu turut mengakui semua fakta kes dikemukakan pihak pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di sekitar Kuala Selangor, kira-kira pukul 10 pagi, 1 Februari lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur ‘Ayuni Jamri memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor usia mangsa yang hanya berusia 13 tahun ketika kejadian.

“Hubungan mereka juga amat rapat dan baik kerana dia (tertuduh) merupakan datuk angkat kepada mangsa.

“Dia sepatutnya menjaga mangsa tetapi mengkhianatinya dengan melakukan perbuatan terkutuk itu. Hukuman perlu menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI