PUTRAJAYA – Setiap isu berkaitan padi dan beras akan dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di Parlimen pada 13 Februari ini termasuk berkaitan harga lantai belian padi baharu.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu akan disampaikan Mohamad melalui satu Kenyataan Menteri pada sidang Dewan Rakyat, disusuli perbahasan ahli Parlimen.
Sebelum ini, kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan harga lantai belian padi pada minggu depan berserta subsidi tambahan bagi mengimbangi kesan kepada pengguna terutamanya melibatkan harga beras. – KOSMO! ONLINE